Carian
Facebook Menguji Fungsi Seumpama Pada Instagram – Facebook Stories
January 26, 2017 Aman

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan fungsi Instagram Stories yang membolehkan para pengguna untuk membuat perkongsian dalam gabungan video dan gambar yang hilang selepas tempoh 24 jam. Kini, selepas ia berjaya dan popular dikalangan pengguna Instagram, pihak Facebook telah mulakan ujian fungsi sama di Facebook, dipanggil Facebook Stories.

Facebook Stories

Seperti pada aplikasi Instagram, Facebook Stories turut dipaparkan pada bahagian atas di dalam aplikasi Facebook – membolehkan rakan-rakan melihat dan mengikut perkembangan rakan-rakan mereka.

Sekiranya ujian ini berjaya berjaya, ia secara tidak langsung mungkin akan lebih popular berbanding Snapchat – sekaligus memberikan kesan secara tidak langsung kepada perkhidmatan dan penggunaan Snapchat. Ia juga mungkin akan turut digunakan oleh jenama dan perniagaan – yang membolehkan mereka menyasarkan iklan dan membawa kepada pendapatan tambahan untuk Facebook.

Buat masa ini, Facebook sedang mengujinya di Ireland, dan dijangka akan mula memperkenalkan ia pada peringkat global tidak lama lagi.

Komen