Cari @ Amanz

Tahun Baru Cina akan berlangsung hujung minggu ini dan sempena cuti yang panjang ada baiknya kita menghabiskan masa bermain permainan komputer. Ini ialah kerana ia aktiviti santai yang tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sempena menyambut Tahun Baru Cina PlayStation Asia mengadakan jualan khas dengan tawaran harga sehingga 80%.

Antara permainan yang menerima diskaun ialah FINAL FANTASY XV, Watch Dogs 2, Battlefield1 dan Call of Duty : Infinite Warfare. Pemegang akaun PlayStation Plus akan menerima tawaran harga lebih tinggi. Terdapat juga tawaran langgana dua belas bulan dengan tiga bulan percuma untuk PlayStation Now pada harga RM 129.

Pada waktu yang sama dua lagi permainan percuma boleh dimuat turun untuk bulan ini iaitu God of War III Remastered” dan Tales of Zestiria – Digital Edition. Kedua-duanya adalah versi PlayStation 4. Muat turun boleh dilakukan bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd