Donald Trump Dilaporkan Enggan Menggunakan Samsung Galaxy S4 Dengan Sistem Penyulitan

Donald Trump Dilaporkan Enggan Menggunakan Samsung Galaxy S4 Dengan Sistem Penyulitan

Diterbitkan pada Jan 26, 2017 oleh .

Minggu lalu kami laporkan Presiden Donald Trump akan menggunakan Samsung Galaxy S4 dengan sistem penyulitan khas. Ini adalah bagi memastikan rahsia negara Amerika Syarikat tidak akan mudah diintip oleh musuh mereka. Galaxy S4 yang diberikan untuk kegunaan presiden ini bukan model biasa tetapi menggunakan ROM khas Agensi Sistem Maklumat Pertahanan (DISA) yang menyokong rangkaian rahsia SIPRNet Jabatan Pertahanan (DOD).

Menurut laporan New York Time, Trump enggan menggunakan peranti dengan sistem penyulitan ini. Sebaliknya beliau berdegil menggunakan Samsung Galaxy S3 milik peribadi. Tindakan beliau ini menimbulkan kerisauan di kalang kakitangan Rumah Putih. Galaxy S3 hanya disokong sehingga Android 4.3 Jelly Bean dan kali terakhir menerima patch sekuriti pada pertengahan 2015. Ini membuatkan peranti ini bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi terdedah kepada pelbagai kerentanan.


TIPS & ULASAN