Cari @ Amanz

Di kalangan peminat filem perang, Apocalyse Now ialah filem mahakarya yang diarahkan oleh Francis Ford Copolla. Filem berlatarbelakangkan Perang Vietnam ini sentiasa di dalam senarai lima filem perang terbaik dengan dialog yang kerap kali digunakan dalam perbualan. “Saya sukakan bau napalm di waktu pagi” dan “Charlie tidak meluncur” adalah dialog pilihan. Filem legenda ini akan dibangunkan menjadi sebuah permainan baru di bawah kelolaan Copolla.

Permainan ini akan membolehkan pemain mengawal watak Captain Benjamin Willard untuk memburu Colonel Kurtz jauh di dalam belantara. Menurut Copolla permainan Apocalypse Now akan menggabungkan elemen sinematik dan RPG. Ia tidak akan mengikuti jalan cerita filem sepenuhnya kerana membenarkan pemain melakukan pilihan berbeza dari Captain Willard.

Apocalype Now akan diterbitkan oleh Montgomery Markland yang menghasilkan Wasteland 2 dan Torment. Rob Auten ditugaskan sebagai penulis dan bertanggungjawab ke atasĀ  Gears of War, Battlefield dan Far Cry. Dana untuk menghasilkan permainan ini akan dikumpul menggunakan Kickstarter dan mensasarkan jualan menjelang 2020. Tiada maklumat mengenai platform yang akan disokong buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd