Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena e-sukan yang semakin aktif, selain integrasi sistem operasi pada Xbox, Microsoft melalui Windows 10 sedia telah mengumumkan mengenai fungsi Game Mode. Kini, gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi lanjut mengenainya dan ia bakal hadir kepada pengguna Windows Insiders bermula hari ini.

Game Mode

Melalui Game Mode, ia mengoptimasikan prestasi permainan video di Windows 10 kepada lebih baik. Apabila ia diaktifkan, ia akan mengutamakan fungsi permainan video kepada lebih utama berbanding perisian lain. Disamping itu, ia juga akan menawarkan kadar bingkai per saat yang dipertingkatkan dalam memberikan pengalaman permainan yang jauh lebih baik.

Disamping itu, Microsoft juga dilihat menambah sebuah tetapan khusus untuk permainan, selain integrasi Beam untuk memudahkan pengguna membuat penstriman.

Untuk pengguna umum, fungsi ini dijangka hadir pada kemaskini Windows 10 Creators Update sekitar Mac atau April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd