Xiaomi Tidak Akan Menghadirkan Diri Ke MWC 2017

Xiaomi Tidak Akan Menghadirkan Diri Ke MWC 2017

Diterbitkan pada Jan 26, 2017 oleh .

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan Xiaomi Mi 5 pada sebuah acara khusus bersempena MWC 2016. Namun, untuk tahun ini, mereka dilihat tidak akan menghadirkan diri, dan mungkin tiada sebarang pengumuman produk baru pada acara Mobile World Congress 2017.

Sebelum ini, Xiaomi dibawah Hugo Barra telah menghadirkan diri ke beberapa acara global, termasuk baru-baru ini mereka telah menghadirkan diri ke acara CES 2017 dan mengumumkan peranti Mi Mix dalam pilihan warna putih.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Xiaomi dikatakan mungkin hadir ke MWC 2017 untuk memperkenalkan Mi 6. Tetapi perkembangan terbaru seperti menidakkannya dan mungkin kita perlu menantikan Mi 6 sekitar Mac atau selepasnya.

Mungkin juga pihak Xiaomi tidak menghadirkan diri memandangkan kebanyakkan produk mereka tidak dipasarkan di luar China, termasuk Mi Mix yang diumumkan pada CES 2017 baru-baru ini.

Selain Xiaomi, pihak Samsung dilihat tidak akan mengumumkan peranti baru mereka pada MWC 2017 dan dijangka akan melakukannya sekitar Mac atau April kelak.


TIPS & ULASAN