Ant Financial Milik Jack Ma Dikatakan Ingin Membeli MoneyGram

Ant Financial Milik Jack Ma Dikatakan Ingin Membeli MoneyGram

Diterbitkan pada Jan 26, 2017.

MoneyGramAnt Financial, salah satu syarikat yang dimiliki oleh Jack Ma, jutawan Alibaba, kini dilaporkan dalam perbincangan untuk pengambil-alihan salah satu perkhidmatan penghantaran wang yang popular, iaitu MoneyGram.

MoneyGram merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna atau perniagaan untuk menghantar wang ke lokasi atau negara lain dengan mudah. Ia mempunyai penawaran perkhidmatan yang meluas di seluruh dunia, termasuk di Malaysia sendiri.

Pengambil-alihan ini sekiranya berjaya, bakal memberikan kelebihan kepada syarikat dari China berkenaan untuk mengukuhkan kedudukan lagi dalam arena kewangan.

Ant Financial sendiri lebih terkenal dengan penawaran Alipay – yang menawarkan perkhidmatan untuk transaksi kewangan pada platform Alibaba. Ia turut diperkatakan, perkhidmatan Alipay bakal ditawarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Buat masa ini, pihak Ant Financial tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan laporan terbaru ini.


TIPS & ULASAN