Cari @ Amanz

Seperti yang kita tahu, setiap tahun peranti baru pastinya diperkenalkan oleh setiap pengeluar dan perlunya pengguna mengikuti trend dan keupayaan pada peranti pintar tersebut. Namun dengan fenomena ini juga memerlukan pengguna berbelanja lebih untuk membeli peranti pintar baru setiap tahun dengan harga yang makin meningkat.

Bagi membolehkan pengguna menggunakan peranti terkini, Celcom telah memperkenalkan tawaran NewPhone. Membolehkan pengguna menggunakan peranti-peranti terkini secara langganan. Pengguna tidak perlu membayar ribuan ringgit untuk peranti baru, sebaliknya hanya membayar harga bulanan dan apabila peranti baru diperkenalkan, pengguna boleh terus menerima peranti baru. Kini mereka membawakan tawaran terkini untuk NewPhone, iaitu iPhone.

Menerusi Celcom NewPhone untuk iPhone, pengguna kini boleh menggunakan peranti paling terkini dan tercanggih yang dihasilkan oleh Apple. Pengguna boleh memilih sama ada ingin memiliki iPhone 7 atau iPhone 7 Plus pada sebarang pilihan kapasiti storan. Harga langganan bulanan pula tertakluk kepada model dan juga kapasiti storan iPhone tersebut.

Jika anda perlu membayar RM 3,199 untuk mendapatkan iPhone 7 32GB, ia merupakan satu bayaran yang banyak pada satu masa. Akan tetapi menerusi langganan, ia membolehkan sesiapa sahaja mampu melanggan. Sebagai contoh perkiraan, pengguna First Platinum boleh mendapatkan iPhone 7 32GB pada harga RM 115 sebulan atau pengguna First Gold Plus boleh mendapatkannya pada harga RM 135 sebulan. Pengguna juga mempunyai pilihan sekiranya ingin menambah perlindungan untuk peranti pada kadar RM 40 sebulan. Dengan perlindungan peranti, anda akan dilindungi jika peranti anda dicuri atau rosak akibat cecair mahupun terjatuh

Dengan tawaran NewPhone iPhone dari Celcom ini ia sekaligus memudahkan anda bukan sekadar untuk menggunakan peranti terkini dan tercanggih, malah anda boleh terus-menerus menggunakan iPhone untuk masa akan datang. Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, anda boleh hadir ke cawangan Blue Cube terdekat, atau lakukan perkiraan anda terhadap perbelanjaan anda di halaman yang disediakan Celcom.

Penafian: Advertorial dari Celcom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd