Facebook Kini Memudahkan Lagi Proses Pengurusan Privasi

Facebook Kini Memudahkan Lagi Proses Pengurusan Privasi

Diterbitkan pada Jan 26, 2017 oleh .

Privasi dan Facebook merupakan salah satu topik yang sering hangat dibincangkan. Seperti ramai sedia maklum, pihak Facebook sedia menawarkan fungsi kawalan privasi, tetapi ia mungkin tidak begitu mudah difahami oleh ramai pengguna – malah mungkin sedikit sukar untuk pergi ke sesuatu halaman spesifik untuk mengubah sesuatu tetapan.

Terkini, bersempena dengan Hari Privasi Data yang diadakan 28 Januari, pihak Facebook memperkenalkan kemaskini kepada halaman pengurusan privasi mereka. Dinamakan sebagai Privacy Basics, ia memberikan pengguna tips kawalan privasi untuk akaun mereka, selain memudahkan lagi pengguna menguatkan sekuriti akaun masing-masing.

Bagi anda yang kerap menggunakan Facebook, anda boleh menyemak halaman Privacy Basics hari ini, dan membuat perubahan yang diperlukan dalam mengelakkan akaun anda menjadi mangsa privasi dan sekuriti.

Layari : Facebook Privacy Basics


TIPS & ULASAN