Square Enix Dan Marvel Bekerjasama Untuk Permainan Video – Bermula Dengan The Avengers

Square Enix Dan Marvel Bekerjasama Untuk Permainan Video – Bermula Dengan The Avengers

Diterbitkan pada Jan 27, 2017 oleh .

Square Enix merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan video. Mereka sedia hadir dengan permainan popular seperti siri Final Fantasy, Dragon Quest, Kingdom Hearts dan sebagainya. Terkini, hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Marvel untuk hadir dengan sejumlah permainan video.

Permainan pertama yang akan hadir daripada Square Enix dan Marvel adalah The Avengers, dan mereka turut berkongsi video trailer ringkas untuknya.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak memberikan info lanjut mengenai bilakah permainan ini akan ditawarkan dan sebagainya. Namun, daripada trailer ringkas, ia dilihat mungkin merupakan kesinambungan kisah Avengers, dan mungkin hadir sebelum atau bersama dengan filem seterusnya dibawah siri Avengers.

Marvel mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai permainan The Avengers ini, serta beberapa permainan lain pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN