Ace Combat 7 : Skies Unknown Turut Akan Hadir Pada PC Dan Xbox One

Ace Combat 7 : Skies Unknown Turut Akan Hadir Pada PC Dan Xbox One

Diterbitkan pada Jan 27, 2017 oleh .

Trailer untuk Ace Combat 7 kali pertama diperlihatkan di acara PSX. Ramai yang menyangka permainan arked pesawat pejuang ini adalah eksklusif untuk PlayStation 4. Hari ini trailer terkini Ace Combat 7 diperlihatkan oleh Bandai Namco dan mengesahkan ia akan hadir pada beberapa platform lain.

Ia akan hadir pada platform Xbox One dan PC. Pada waktu yang sama tajuk penuh permainan ini ialah Ace Combat 7 : Skies Unknown. Trailer terkini menambah beberapa babak yang tidak dilihat sebelum ini. Dari apa yang dipaparkan, jelas sekali ia akan menunjukkan konflik antara juruterbang dan pesawat dron yang dipercayai akan mengambil alih tugas manusia. Sebagai peminat siri Ace Combat, kami tidak sabar menanti pelancarannya tahun ini.


TIPS & ULASAN