Carian
LG
Bateri LG G6 Diaporkan Tidak Boleh Ditanggalkan
January 27, 2017 Effi Saharudin

LG G5 yang dilancarkan tahun lalu unik berbanding peranti utama lain kerana ia masih membenarkan pengguna menanggalkan bateri. Ini membolehkan pengguna menggantikan bateri baru dengan segera sekiranya bateri pertama kehabisan caj. Laporan terkini dari Cnet mengesahkan fungsi ini tidak akan lagi disokong pada LG G6.

LG G6LG mengambil keputusan tidak lagi menyokongnya kerana mahu menjadikan peranti ini kalis air IP68. Sistem modular dan bateri yang boleh ditanggalkan akan menyebabkan terdapat ruang untuk air memasuki bahagian dalaman peranti. Adakah ini tindakan yang bijak? Sejak akhir-akhir ini fungsi kalis air adalah perlu bagi peranti utama. Google menerima kritikan kerana tidak menyertakannya pada peranti Pixel dan Pixel XL.

Komen