Sukan gusti profesional WWE amat popular suatu ketika dahulu. Permainan Smackdown juga popular di kalangan pemilik konsol kerana membenarkan pemain melampiaskan fantasi membelasah atlet WWE yang kurang digemari seperti Scottty 2 Hotty. Bagi memenuhi permintaan peminat, permua WWE Champions dilancarkan untuk peranti Android dan iOS.
Permua ini unik kerana menggabungkan genre RPG dan teka-teki ala Candy Crush. Aksi di atas gelanggang dipengaruhi jumlah batu permata yang berjaya dipecahkan. Selain daripada itu terdapat elemen seperti Pokemon dengan mengumpul atlet-atlet WWE untuk digunakan di dalam permainan. WWE Champions boleh dimuat turun secara percuma dengan sokongan transaksi mikro.
- Muat Turun
- Muat turun WWE Champions versi Android dari Play Store
- Muat Turun
- Muat turun WWE Champions versi iOS dari App Store