Myst Akhirnya Boleh Dimuat Turun Peranti Android

Myst Akhirnya Boleh Dimuat Turun Peranti Android

Diterbitkan pada Jan 27, 2017 oleh .

Myst berkemungkinan besar bukanlah siri permainan yang dikenali kebanyakan pembaca Amanz. Permainan PC yang berusia lebih dua puluh tahun ini  pernah dianggap sebagai permainan legenda kerana memperkenalkan genre baru pengembaraan point and click.

Myst edisi permua dihasilkan untuk iOS pada tahun 2009 dengan versi grafik 3D dipertingkatkan dihasilkan pada tahun 2012. Versi yang dikenali sebagai realMyst ini adalah tiga dimensi sepenuhnya dan bukannya gambar statik seperti versi asal. Hari ini realMyst akhirnya boleh dimuat turun oleh pemilik Android. Bagi yang berminat realMyst boleh dibeli pada harga RM 30.99 dengan saiz muat turun sekitar 700 Megabyte.

Muat turun realMyst edisi Android dari Google Play Store


TIPS & ULASAN