(Ura-Ura) Blackberry BBC100-1 Buatan Indonesia Akan Diperkasakan Oleh Snapdragon 425

(Ura-Ura) Blackberry BBC100-1 Buatan Indonesia Akan Diperkasakan Oleh Snapdragon 425

Diterbitkan pada Jan 27, 2017 oleh .

Pernah suatu ketika dahulu Indonesia ialah negara dengan jumlah pengguna Blackberry tertinggi di dunia. Jenaka yang kerap didengari ialah Blackberry sungguh popular sehingga peminta sedekah di Jakarta mempunyai BBpin tersendiri. Zaman kegemilangan syarikat ini tinggal sejarah tetapi jenama ini masih lagi dikenali. Ura-ura terkini yang kami dengari ialah sebuah peranti baru Blackberry akan dihasilkan di Indonesia.

Blackberry BBC100-1 ini akan dihasilkan oleh PT BB Merah Putih dan mensasarkan jualan di negara sedang membangun seperti Indonesia serta Filipina. Ia bakal dilengkapi skrin 5.5″ HD,  diperkasakan pemproses Snapdragon 425, RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kemera ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Sistem operasi Android akan digunakan. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran diketahui setakat ini.


TIPS & ULASAN