Secara lazimnya monitor yang digunakan di rumah mempunyai kadar segar-semula 60 HZz. Pada televisyen pintar berprestasi tinggi pula ia meningkat ke 120 Hz. Bagi kalangan pemain komputer tegar, kedua-dua kadar segar-semula ini adalah rendah kerana mereka sudah terbiasa dengan 144 Hz. Asus hari ini mengumumkan monitor baru ASUS ROG Swift PG348Q dengan kadar segar-semula 240Hz.
Ini menjadikannya monitor dengan kadar segar-semula tertinggi di dunia. Ia sebuah monitor dengan skrin 24.5″ dengan resolusi 1080P. Resolusi maksimumnya mungkin rendah tetapi ia menyokong sistem Nvidia G-Sync serta masa tindak balas 1 ms. Sistem lampu Light Signature turut disertakan bagi mereka ayang mahu memaparkan logo pada permukaan meja. Monitor ASUS ROG Swift PG348Q akan mula dijual bulan Februari tetapi harga masih belum diumumkan.