Facebook Akan Lebih Mengetengahkan Video Panjang Yang Ditonton Ramai Pada News Feed

Facebook Akan Lebih Mengetengahkan Video Panjang Yang Ditonton Ramai Pada News Feed

Diterbitkan pada Jan 27, 2017 oleh .

Pada pelbagai platform sosial, salah satu angka yang dipentingkan ramai adalah berapa ramai pengguna yang menyertai platform berkenaan, dan berapa lama seseorang pengguna menghabiskan masa pada platform berkenaan. Selari dengannya, kini Facebook membuat beberapa perubahan pada News Feed mereka yang melibatkan video.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook sedia mengetengahkan pelbagai video pada News Feed dalam membuatkan ramai pengguna menghabiskan masa pada laman sosial berkenaan. Kini, melalui perubahan algoritma, Facebook mengatakan mereka akan mengambil-kira peratusan sesuatu video ditonton sehingga habis, selain turut mempromosikan video dengan tempoh yang panjang yang ditonton ramai pada News Feed.

Perubahan ini akan diperlihatkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini. Facebook turut mengatakan Pages tidak perlu risau akan capaian kandungan mereka – terutamanya jika kandungan mereka menerima lebih banyak interaksi dengan pengguna.


TIPS & ULASAN