Ant Financial Mengambil-Alih MoneyGram Pada Nilai Mencapai RM3.89 Bilion

Ant Financial Mengambil-Alih MoneyGram Pada Nilai Mencapai RM3.89 Bilion

Diterbitkan pada Jan 27, 2017.

MoneyGramLanjutan daripada laporan semalam, Ant Financial, syarikat teknologi kewangan yang dikawal oleh Jack Ma kini telah pun mengambil-alih penyedia perkhidmatan pemindahan wang daripada Amerika Syarikat, iaitu Money Gram.

Nilai transaksi dikatakan mencapai $880 juta (~RM3.89 bilion). Pengambil-alihan ini juga sekaligus membolehkan pelanggan Ant dan rangkaian MoneyGram diintegrasikan.

Walaupun telah diambil-alih, MoneyGram akan terus beroperasi seperti biasa dibawah jenama sedia ada. Bagi yang tidak mengenali akan MoneyGram, ia membolehkan pengguna dan perniagaan untuk menghantar dan menerima wang tunai dengan mudah – daripada pelbagai negara. Pengambil-alihan ini juga secara tidak langung akan mengukuhkan lagi kedudukan Ant dalam arena kewangan. Di China sahaja, Ant mempunyai lebih 450 juta pelanggan dan ia digunakan sebagai platform utama pada rangkaian Alibaba.

Ant Financial juga dijangka memperluaskan perkhidmatan Alipay mereka ke Malaysia tidak lama lagi.

*(Tukaran mata wang, $1 = RM4.43)


TIPS & ULASAN