Puluhan Album Runut Bunyi Permainan Video SEGA Kini Boleh Distrim Di Spotify

Puluhan Album Runut Bunyi Permainan Video SEGA Kini Boleh Distrim Di Spotify

Diterbitkan pada Jan 28, 2017 oleh .

Sekiranya anda membesar di dalam dekad 80an anda perlu memilih sama ada menjadi peminat Nintendo ataupun SEGA. Perang konsol yang kini memasuki generasi ke-tujuh bermula dengan dua syarikat besar dari Jepun ini. Kami membesar dengan SEGA dan oleh sebab itu runut bunyi puluhan permainan keluaran mereka mewarnai hidup kami.

Runut bunyi permainan komputer sukar dibeli di Malaysia. Oleh itu berita menarik hari ini apabila SEGA mula membenarkan penstriman beberapa album runut bunyi terpilih menerusi Spotify. Antara album yang boleh didengari ialah Jet Set Radio, Space Harrier, Sonic, Out Run, Virtual Fighter dan Golden Axe. Permulaan yang baik tetapi kami sedikit kecewa kerana ketiadaan album Daytona USA, Virtual On Oratorio Tangram dan Bare Knuckle.


TIPS & ULASAN