Raspberry Pi Hadir Dengan Majalah Khusus Untuk Pendidik – Hello World

Raspberry Pi Hadir Dengan Majalah Khusus Untuk Pendidik – Hello World

Diterbitkan pada Jan 30, 2017 oleh .

Raspberry Pi merupakan salah satu komputer bersaiz mini yang digunakan secara meluas diseluruh dunia dalam pembangunan – terutamanya dalam arena peranti-berhubung (IoT). Pelbagai sumber bantuan berkaitan Raspberry Pi tersedia di arena web, dan kini mereka turut hadir dengan satu lagi sumber tambahan dinamakan Hello World.

Melalui majalah Hello World yang ditawarkan secara percuma dalam bentuk digital, selain dalam versi berbayar – pihak Raspberry Pi ingin membantu tenaga pengajar dalam membantu mendapatkan pengalaman, menemui inspirasi, selain membantu antara satu sama lain dalam mempelajari pelbagai perkara baru. Majalah ini diterbitkan oleh Raspberry Pi hasil kerjasama bersama Computing at School.

Bagi anda yang berminat dalam arena perkomputeran dan persekolahan pada arena digital, mungkin boleh memuat-turun majalah ini. Selain mengikuti perkembangan dalam arena IT, ia juga berkongsi mengenai pelbagai implementasi dan perkembangan digital di sekolah-sekolah luar negara.

Muat-Turun Hello World


TIPS & ULASAN