Wine 2.0 Hadir Membolehkan Anda Menjalankan Perisian Windows Pada Linux Dan macOS

Wine 2.0 Hadir Membolehkan Anda Menjalankan Perisian Windows Pada Linux Dan macOS

Diterbitkan pada Jan 30, 2017 oleh .

Pada hari ini, ramai sedia maklum yang mana perisian yang ditawarkan untuk desktop Windows adalah lebih banyak berbanding dengan penawaran untuk Linux ataupun macOS. Sebagai alternatif untuknya, Wine membantu dalam memudahkan pengguna Linux dan macOS menjalankan perisian Windows pada desktop mereka.

Wine merupakan salah satu perisian yang membantu membawa perisian Windows ke Linux dan macOS, dimana perisian Wine ini menyediakan persekitaran seumpama pada Windows, dan menawarkan kemudahan untuk pengguna menjalankan perisian Windows pada telefon pintar lain.

Kemaskini baru ini membawakan sokongan yang lebih baik untuk Direct3D 10/11, selain memudahkan pengguna untuk menjalankan perisian Office 2013 dengan lebih stabil. Wine 2.0 juga turut menyertakan sokongan untuk menjalankan perisian 64-bit pada macOS.

Bagi anda yang menggunakan Linux, BSD, Solaris atau macOS, anda boleh memuat-turun Wine dan mencubanya dalam menjalankan perisian Windows pada sistem operasi anda.

Muat-Turun Wine


TIPS & ULASAN