Dropbox Memfokuskan Sepenuhnya Kepada Pengguna Perusahaan

Dropbox Memfokuskan Sepenuhnya Kepada Pengguna Perusahaan

Diterbitkan pada Jan 31, 2017.

Dropbox sebelum ini membahagikan fokus mereka kepada dua, iaitu satu untuk pengguna umum dalam dunia teknologi, dan satu lagi untuk pengguna korporat. Kini, untuk tahun 2017, fokus syarikat perkhidmatan storan awan berkenaan berubah, dan memfokuskan sepenuhnya ke arena perusahaan.

Dropbox sebelum ini telah dimulakan pada 2017 sebagai sebuah laman web untuk menyimpan fail-fail peribadi dan juga gambar. Seterusnya, ia telah berkembang sebagai perkhidmatan awan yang digunakan ramai untuk menyimpan dokumen dan sebagainya. Kini, sasaran Dropbox adalah untuk menjadi salah satu storan fail utama dan menjadi perkhidmatan pengurusan projek dalam pelbagai syarikat.

DropboxDropbox kini sedang dalam usaha menjenamakan semula perkhidmatan mereka, dan inginkan pelbagai syarikat untuk menjadi pengganti kepada pelayan fail (file server) yang digunakan untuk menyimpan informasi dan menjalankan pangkalan.

Langkah ini adalah sebahagian daripada perancangan Dropbox dalam usaha menaikkan angka jualan mereka. Pasaran perusahaan membawa pulangan yang lebih tinggi berbanding untuk pengguna umum. Tetapi pada masa yang sama, ia mempunyai lebih banyak pesaing, termasuk Box, Microsoft dan Alphabet. Pasaran ini sahaja dikatakan bernilai sekitar $10 bilion setahun.

Dengan fokus terhadap perusahaan ini, Dropbox turut hadir dengan beberapa fungsi khusus tambahan. Salah satu yang diperkenalkan hari ini adalah SmartSync. Melalui SmartSync, ia membolehkan para pengguna mengakses data bersaiz besar tanpa perlu memuat-turunnya secara keseluruhan. INin membolehkan informasi dilihat pada komputer riba dengan spesifikasi terhad tanpa sebarang masalah. Disamping itu, Dropbox juga turut memperkenalkan fungsi Folders for Teams yang boleh digunakan pada keseluruhan syarikat dengan mudah.

Pada masa yang sama, Dropbox juga turut melihat kepada pasaran memfokuskan kolaborasi dan kerjasama, salah satu pasaran yang mempunyai persaingan tinggi, termasuk antaranya adalah Slack dan Trello. Dropbox hari ini telah memperkenalkan perkhidmatan kolaborasi mereka, Paper dalam lebih 21 bahasa, dan pada masa yang sama menguji beberapa fungsi baru pada Paper untuk memudahkan pembahagian tugasan kepada rakan-rakan, serta menetapkan tarikh untuk menghantar tugasan.

Ketua Pegawai Operasi Dropbox, Dennis Woodside mengatakan mereka ingin pasukan menggunakan Dropbox untuk memulakan projek, menguruskannya, dan menghantarnya – semuanya melalui Dropbox. “Semua aktiviti kolaborasi yang digunakan dalam menghasilkan kempen pemasaran, atau rekaan bangunan, kami rasa boleh berlaku dalam Dropbox. Kini semua kolaborasi dilakukan melalui emel atau perkhidmatan seperti Slack, tetapi kami rasakan Dropbox boleh memberi kaedah yang lebih baik untuk pelbagai senario.”


TIPS & ULASAN