Android Nougat 7.1.2 Beta Boleh Dimuat Turun Hari Ini

Diterbitkan pada Jan 31, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Majoriti peranti Android masih lagi menggunakan Lollipop. Hanya sebahagian kecil sudah menerima kemas kini ke Android 7.0 Nougat seperti Samsung Galaxy S7 Edge di Malaysia minggu lalu. Google mengumumkan Android Nougat 7.1.2 Beta boleh dimuat turun bermula hari ini oleh peserta Android Beta Program.

Nougat

Peranti Google Pixel, Pixel XL, Nexus 5X Nexus Player dan Nexus C boleh menyertai program ini. Untuk pemilik Nexus 6P muat turun akan diberikan dalam masa terdekat. Android 7.1.2 akan membawakan perubahan kecil ke atas kestabilan peranti dengan pengoptimasian serta memperbaiki pepijat yang dikesan sebelum ini. Pihak Google mensasarkan kemas kini Android 7.1.2 kepada semua peranti yang layak dalam masa dua bulan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami