Cari @ Amanz

Honor Malaysia kini telah pun mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat bersama-sama dengan antaramuka EMUI 5.0 kepada para pengguna telefon pintar Honor 8.0. Seperti biasa, saiz kemaskininya sedikit besar, dan pengguna dinasihatkan untuk berhubung ke rangkaian WiFi sebelum memuat-turun untuk mengelakkan penggunaan data pada langganan internet mudah-alih.

Melalui EMUI 5.0, pihak Huawei menyertakan sejumlah fungsi baru bersama-sama dengannya. Salah satu fungsi menarik yang disertakan adalah sokongan pembelajaran mesin terbina pada EMUI 5.0, membuatkan peranti anda beroperasi dengan pantas walaupun selepas tempoh masa yang lama – berbeza dengan sejumlah peranti yang memperlihatkan sedikit lengah masa.

Disamping itu, kemaskini EMUI 5.0 turut menyertakan sokongan talam aplikasi – sesuatu yang tiada sehingga kini pada EMUI.

Honor 8 juga kini lebih dioptimasikan, termasuk sokongan bateri yang lebih efisyen berbanding kebiasaan. Sejumlah fungsi Android NOugat turut disertakan, termasuk seperti akses pantas ketika multi-tasking, talam notifikasi yang dikemaskini, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Honor 8, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini dan menikmati pelbagai ciri-ciri yang dibawakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd