Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Tablet Lenovo Tab3 8 Plus Tertiris
February 1, 2017 Effi Saharudin

Kewujudan Lenovo Tab3 8 Plus diketahui sejak tahun lalu tetapi tablet ini masih belum dilancarkan. Hari ini rekaan dan spesifikasinya tertiris ke arena web. Ia sebuah tablet dengan skrin 8″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte.

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 8-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 4250 mAh membekalkan kuasa kepada tablet yang masih menggunakan Android Marshmallow dan port pengecasan MikroUSB. Dari segi audio pula ia menyokong sistem Dolby Atmos. Seperkara lagi tablet ini hadir dengan ketahanan air dan debu IP52. Besar kemungkinan ia akan dilancarkan di MWC penghujung bulan ini dengan harga sekitar €150 (~RM 720).

Komen