Imej Pengolokan Huawei P10 Plus Tertiris Menunjukkan Skrin Dwi-Lengkung Dan Pengimbas Retina

Imej Pengolokan Huawei P10 Plus Tertiris Menunjukkan Skrin Dwi-Lengkung Dan Pengimbas Retina

Diterbitkan pada Feb 1, 2017 oleh .

Semakin hampir kita kepada MWC 2017, semakin banyak maklumat tertiris mengenai peranti-peranti yang akan dilancarkan. Huawei dipercayai akan melancarkan Huawei P10. Dua versi mungkin dilancarkan dan imej pengolokan untuk P10 Plus tertiris hari ini.

Dari apa yang dapat kami lihat P10 Plus dilengkapi skrin 5.5″ dengan skrin dwi-lengkung seperti yang digunakan pada Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design. Pada bahagian hadapan terdapat pengimbas retina. Aneh sekali terdapat butang home fizikal pada bahagian hadapan dan pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang. Pada Mate 9. pengimbas cap jari diletakkan hanya pada panel belakang yang juga merangkap butang home fizikal.

P10 Plus mungkin akan dilengkapi pemproses HiSilicon Kirin 965, RAM sehingga 8 Gigabyte dan storan sehingga 256 Gigabyte. Seperkara lagi sistem flash berbentuk bulat digunakan untuk dwi-kamera belakang dengan sensor 20+12 Megapixel.


TIPS & ULASAN