Fitbit Akan Akhirnya Menghasilkan Jam Tangan Pintar

Fitbit Akan Akhirnya Menghasilkan Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Feb 1, 2017 oleh .

Fitbit mencatatkan peratusan tertinggi jualan peranti boleh-pakai tahun lalu. Sungguhpun begitu majoriti jualan mereka jatuh di dalam kategori pengesan kesihatan. Mereka ada melancarkan “jam tangan pintar” Fitbit Blaze tahun lalu tetapi ia tidak menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Apple Watch dan Samsung Gear S3. Oleh itu ia masih belum boleh dianggap sebagai sebuah jam tangan pintar sebenar.

Fitbit Blaze

James Park, CEO Fitbit mengesahkan di dalam temubual bersama alam Wareable bahawa syarikat ini akan menghasilkan jam tangan pintar sebenar dalam masa terdekat. Teknologi dari Pebble dan Vector yang diambil alih oleh Fitbit akan digunakan untuk penghasilannya kelak. Pelancaran kedai aplikasi dalam masa terdekat akan akhirnya memberikan mereka ruang untuk bersaing dengan Apple, Google dan Samsung.

Bayangkan sahaja sebuah jam tangan pintar dengan teknologi bateri Pebble digabungkan dengan kepakaran rekaan Vector dan kemampuan mengesan kecergasan dengan tepat Fitbit. Ia pastinya jam tangan pintar yang akhirnya akan berjaya menarik minat pengguna.


TIPS & ULASAN