Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Untuk Televisyen, Memfokuskan Kandungan Video

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Untuk Televisyen, Memfokuskan Kandungan Video

Diterbitkan pada Feb 1, 2017 oleh .

Facebook pada hari ini digunakan secara meluas pada telefon pintar dan juga komputer. Selain daripada kedua-dua skrin ini, Facebook kini dilaporkan turut ingin memenuhi penggunaan di ruang tamu, dan sedang membangunkan aplikasi khusus untuk digunakan pada televisyen.

Info penuh mengenai aplikasi untuk televisyen ini masih tidak diketahui. Daripada laporan awal, aplikasi ini dikatakan akan memfokuskan kepada kandungan video – membolehkan pengguna strim pelbagai kandungan terus melaluinya. Selain daripada itu, Facebook turut dikatakan dalam perbincangan bersama peplbagai syarikat media untuk melesenkan kandungan mereka.

Sekiranya ia dilancarkan kepada umum, tidak mustahil kita melihat ia akan turut menjadi salah satu platform yang digunakan ramai termasuk syarikat media dalam mengedarkan kandungan mereka – sekaligus menyasarkan skrin televisyen pengguna seluruh dunia. Untuk pihak Facebook, mereka boleh menjual iklan pada kadar lebih premium, seumpama apa yang dijual stesen televisyen pada hari ini – dan menyelitkan ia antara kandungan yang dimainkan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan daripada Facebook untuk aplikasi memfokuskan televisyen ini.


TIPS & ULASAN