Carian
SKMM Menyiasat 2800 Menara Telekomunikasi Yang Didakwa Dibina Secara Haram Di Perak
February 2, 2017 Aman

Untuk membina menara telekomunikasi di Malaysia, sesuatu syarikat perlu menerima lesen daripada SKMM sebelum melakukan pembinaan, selain perlu mematuhi pelbagai garis panduan yang telah ditetapkan. Jadi, apabila kerajaan negeri Perak mengatakan terdapat lebih 2000 menara telekomunikasi haram di negeri tersebut, ia sedikit mengejutkan pelbagai pihak.

Melalui pengetahuan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, di Perak terdapat sekitar 1,500 menara telekomunikasi yang sah. SKMM dilihat akan berbincang dengan kerajaan Perak mengenai menara telekomunikasi haram yang dikatakan dibina di negeri tersebut, dan mula mengatasi masalah berkenaan untuk mengelakkan sebarang kerugian oleh kerajaan tempatan.

Selain daripada di Perak, pihak kementerian juga akan mengenal-pasti menara haram di negeri-negeri lain dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Komen