Cari @ Amanz

Bulan lalu God of War III Remastered dan Alienation diberikan percuma kepada pelanggan PlayStation Plus. Bulan ini beberapa lagi permainan menarik bakal diberikan percuma kepada peminat konsol Sony ini. Blog PlayStation Asia mengesahkan permainan aksi seram Until Down akan ditawarkan percuma. Permainan ini meletakkan pemain di dalam filem seram interaktif yang memaparkan pelakon Rami Malek dan Hayden Panettiere.

Selain daripada itu Little Big Planet 3 juga boleh dimuat turun. Permainan sandbox comel ini hadir untuk pemilik PlayStation 4. Berikut ialah beberapa lagi senarai permainan yang ditawarkan kepada pelanggan PlayStation Plus.

  1. Little Big Planet 3 (PS4)
  2. Until Dawn (PS4)
  3. Not A Hero (PS4)
  4. Spelunky (PS4, PS3, PSVita)
  5. Color Guardians (PS4, PSVita)
  6. TorqueL (PS4, PSVita)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd