AOC Memperkenalkan Siri Monitor Baru AOC Q2781

AOC Memperkenalkan Siri Monitor Baru AOC Q2781

Diterbitkan pada Feb 2, 2017 oleh .

AOC adalah salah sebuah pembuat monitor untuk komputer yang agak dikenali ramai kerana rekaannya yang unik. Terbaru, mereka telah mengumumkan dua monitor baru, iaitu AOC Q2781PQ dan Q2781PS.

Kedua-dua monitor ini mempunyai spesifikasi yang sama, iaitu saiz paparan 27 inci dengan resolusi QHD 2560×1440 pixel, kadar segar semula 60Hz, kadar kecerahan 350 nit, nisbah kontras 1:1000, sudut tontonan 178 darjah dari kiri ke kanan dan atas ke bawah, dan juga sokongan sRGB penuh yang membolehkan monitor-monitor ini menunjukkan 16.7 juta warna.

Dari segi sambungan pula, siri monitor AOC Q2781 mempunyai dua port HDMI, satu port DisplayPort, satu port VGA dan juga satu port audio 3.5mm untuk menghubungkan pembesar suara ataupun fonkepala kepada monitor tersebut.

Salah satu ciri utama siri monitor Q2781 ini ialah bezel yang sangat nipis di keempat-empat sudut monitor tersebut. Ini membolehkan AOC memaksimakan saiz paparan tanpa perlu membina casis yang lebih besar.

Terdapat dua perbezaan yang ketara diantara monitor Q2781PQ dan Q2781PS, iaitu monitor yang pertama hanya mempunyai tapak berwarna perak, manakala monitor yang kedua pula mempunyai tapak berwarna “Rose Gold”, dan juga panel belakang yang dipenuhi dengan kristal Swarovski, yang akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN