NVIDIA Mengeluarkan Kemaskini Perisian Pemacu Hotfix GeForce 378.75

NVIDIA Mengeluarkan Kemaskini Perisian Pemacu Hotfix GeForce 378.75

Diterbitkan pada Feb 2, 2017 oleh .

Kadang-kala, kad grafik tidak beroperasi dengan betul disebabkan beberapa masalah perisian. Untuknya, pembangunnya akan mengeluarkan sedikit kemaskini kecil untuk membaiki dan mengatasi permasalahan yang telah dikenal-pasti.

Terkini, NVIDIA telah mengeluarkan kemaskini kecil untuk mengatasi masalah pemacu mereka, melalui kemaskini GeForce 378.57. Ia direka untuk memperbetulkan dan mengatasi beberapa ralat yang menyebabkan permasalahan untuk beberapa permainan video seperti Minecraft dan tajuk-tajuk lain yang berasaskan perisian Java.

Selain itu, hotfix ini juga membetulkan masalah “Debug Mode” yang menjadi mod utama secara tidak sengaja untuk beberapa kad grafik NVIDIA yang menggunakan chipset Pascal.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, dan menjalankan sistem operasi Windows dalam variasi 32-bit atau 64-bit, anda sudah boleh memuat-turun kemaskini kecil ini, dan mengatasi permasalahan berkenaan.

Muat-Turun NVIDIA GeForce 378.75 Hotfix


TIPS & ULASAN