Cari @ Amanz

Penyakit kanser ialah penyakit yang boleh membawa maut. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan ramai pesakit terpaksa bergolok gadai untuk terus hidup. Terdapat ramai juga kenalan yang meninggal dunia selepas mendapat “rawatan tradisional” yang lebih mampu milik tetapi langsung tidak berkesan. Kehilangan sumber pendapatan ketika rawatan menambahkan lagi beban sara hidup pesakit dan keluarga.

Menyedari masalah ini, Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur melancarkan portal Cancerfly.com untuk pesakit kanser. Pengasas Cancerfly, Dr M. Sri Ganesh berkata 48% pesakit mengalami masalah kewangan selepas mendapatkan rawatan. Bagi memudahkan mereka berdikari laman dilancarkan bagi menjadi tempat mereka menjual produk, menawarkan perkhidmatan dan mencari peluang pekerjaan. Laman ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam pada 20 Februari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd