Cari @ Amanz

Pelancaran pemprosesan grafik terbaru daripada AM, iaitu AMD Vega sangat dinanti-nantikan oleh ramai penggemar dan pembina PC. Walaubagaimanapun, selain daripada nama cip pemprosesan Vega, antara perkara yang diketahui mengenai Vega buat masa ini adalah termasuk penggunaan rekaan 14nm, memori HBM2 (High Bandwidth Memory 2 – dan yang lain masih kekal misteri.

Apa pun, kini SK Hynix, syarikat pembuat memori HBM, telah pun menyatakan bahawa stok untuk HBM2 akan mula dikeluarkan sekitar suku pertama 2017 ini, sekaligus membolehkan AMD untuk mengeluarkan kad grafik Vega secepat yang mungkin.

Selain dari itu, syarikat yang berasal dari Korea Selatan ini turut telah mengeluarkan beberapa butiran tentang modul memori HBM2 tersebut, termasuklah kelajuannya, yang dianggarkan berada sekitar 1.6Gbps untuk setiap pin. Oleh kerana setiap timbunan HBM2 juga mempunyai jumlah memori sebanyak 4GB, secara jumlahnya, satu unit HBM2 boleh beroperasi sepantas 204.8GB/s.

AMD Vega dijangka menggunakan dua unit memori HBM2, dan ini bermakna cip pemprosesan grafik AMD Vega mampu menggerakkan data sebanyak 409GB/s.

Dengan perkongsian dan pelancaran lebih banyak perkakasan baru, kita mungkin boleh melihat AMD mempercepatkan lagi pengumuman Vega yang dinantikan ramai ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd