Facebook hari ini menyambut ulang-tahun laman mereka, dan bersama-sama dengannya juga mereka menyambut Hari Rakan-Rakan (Happy Friends Day). Bersempena dengannya juga, kini Facebook menyediakan sebuah halaman khusus untuk membolehkan anda menjana video khusus untuk menyambutnya.
Hari rakan-rakan yang disambut oleh Facebook ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah dilakukan beberapa kali sebelum ini pada awal Februari.
Seperti biasa, pengenalan fungsi khusus bersempena hari Rakan-Rakan ini juga akan membuatkan News Feed anda penuh dengan video yang lebih kurang sama daripada pelbagai rakan-rakan.
Bagi anda yang berminat, anda boleh menjananya dulu, dan kongsikan ia dengan rakan-rakan lain di laman sosial terkemuka berkenaan.