Honor 8 Lite Dilancarkan Di Eropah – Variasi Honor 8 Tanpa Dwi-Kamera, Dan Spesifikasi Terhad

Honor 8 Lite Dilancarkan Di Eropah – Variasi Honor 8 Tanpa Dwi-Kamera, Dan Spesifikasi Terhad

Diterbitkan pada Feb 2, 2017 oleh .

Pada masa kini, ia bukan sesuatu yang asing lagi apabila pengeluar peranti memperkenalkan versi “Lite” untuk telefon pintar utama mereka – membolehkan lebih ramai mendapatkan peranti jenanma mereka, serta menikmati beberapa ciri-ciri yang dibawakan olehnya.

Terkini, dengan konsep serupa, pihak Honor telah memperkenalkan Honor 8 Lite – tetapi hanya terhad di Eropah sahaja buat masa ini. Ia membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Honor 8 – tetapi tanpa penggunaan dwi-kamera, selain spesifikasi dan ciri-ciri yang terhad.

Honor 8 Lite

Honor 8 Lite dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip Kirin 655, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, serta sokongan kad mikro-SD. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari, serta bateri 3000mAh.

Honor 8 Lite hadir terbina menggunakan Android 7.0 Nougat, serta antaramuka EMUI 5.0. Ini membolehkan anda menggunakan dan mencuba sistem operasi Android terkini pada kos yang lebih kompetitif.

Di Eropah, Honor menjualnya pada harga €269, iaitu sekitar $1287 mengikut tukaran mata wang asing semasa. Ia tidak diketahui lagi sama ada Honor 8 Lite akan hadir ke Malaysia ataupun sebaliknya. Daripada pengetahuan kami, dalam masa terdekat pihak Honor Malaysia menyasarkan untuk memperkenalkan Honor 6x.


TIPS & ULASAN