Samsung Pay Mini Diumumkan Di Korea Selatan – Membawa Samsung Pay Ke Peranti Android

Samsung Pay Mini Diumumkan Di Korea Selatan – Membawa Samsung Pay Ke Peranti Android

Diterbitkan pada Feb 2, 2017 oleh .

Samsung sedia memperkenalkan Samsung Pay dibeberapa buah negara, termasuk Malaysia. Kini, bergerak kehadapan, pihak Samsung turut telah memperkenalkan Samsung Pay Mini di Korea Selatan – menawarkan fungsi membeli dengan mudah oleh semua pengguna peranti Android – walaupun bukan milik Samsung.

Samsung Pay MiniSamsung Pay Mini ini dikatakan akan beroperasi pada telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan terkini, selain memerlukan sekurang-kurangnya skrin HD, 1280×720 pixel.

Melaluinya, Samsung mengatakan pengguna peranti Android boleh menikmati fungsi seperti pembayaran atas-talian menggunakan Samsung Pay Mini, kad pengangkutan, serta penggunaan ahli untuk beberapa perkara dan ganjaran. Walaubagaimanapun, fungsi Samsung Pay secara luar-talian hanya ditawarkan untuk peranti Samsung sedia ada sahaja.

Samsung akan mengujinya di Korea Selatan bermula minggu hadapan, dan akan membuat perancangan untuk pengenalan di negara luar Korea Selatan selepas itu.


TIPS & ULASAN