Mozilla Menutup Bahagian Peranti Berhubung – Pasukan Disebalik Firefox OS

Mozilla Menutup Bahagian Peranti Berhubung – Pasukan Disebalik Firefox OS

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Mozilla yang terkenal dengan pelayar web Firefox, hari ini menghentikan sejumlah pekerja dan pada masa yang sama menutup bahagian peranti berhubung dalam syarikat berkenaan yang sebelum ini membangunkan platform operasi untuk televisyen, telefon pintar, dan pelbagai jenis peranti lain.

Mozilla sendiri untuk beberapa tahun ini mengalami sedikit ketinggalan jikalau dibandingkan dengan Google Chrome. Firefox sebelum ini sangat popular ketika era Internet Explorer – dimana ia digunakan sebagai ganti kepada pelayar web yang hadir terbina pada sistem operasi Windows. Namun, dengan perkembangan internet, ramai mula menggunakan Chrome – apatah lagi Firefox dilihat sedikit lambat hadir ke telefon pintar, membuatkan mereka turut tidak mendapat angka pengguna yang tinggi pada peranti mudah-alih.

Mozilla

Projek-projek untuk peranti berhubung, termasuk untuk televisyen, Firefox OS untuk telefon pintar dan sebagainya boleh dikatakan kurang dikomersialkan berbanding platform alternatif lain.

Walaupun bahagian peranti berhubung ini dihentikan, Mozilla akan terus membangunkan sejumlah teknologi dalam arena memperkembangkan dunia web dan teknologi.

Apa pun, mungkin dengan penjenamaan baru Mozilla, kita akan dapat melihat syarikat kegemaran ramai ini terus berkembang dengan pesat pada era web masa kini.

TIPS & ULASAN

<script>