Google Chrome Untuk iOS Menambah Fungsi Mengimbas Kod QR

Google Chrome Untuk iOS Menambah Fungsi Mengimbas Kod QR

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Kebiasaannya, pada telefon pintar mungkin anda perlu memuat-turun aplikasi berasingan untuk mengimbas kod QR sebelum dapat membuka pautan yang ditawarkan. Kini, Google memudahkan proses berkenaan, dan menyertakan sokongan tersebut secara terbina pada aplikasi Google Chrome untuk iOS.

Melalui versi terkini Google Chrome untuk iPhone dan iPad, pihak Google menyertakan integrasi pembaca dan pengimbas kod QR yang boleh diakses melalui fungsi 3D Touch pada ikon Chrome, ataupun dengan membuat carian QR melalui Spotlight pada iPhone.

Google Chrome

Dengannya, kini anda boleh mengimbas dan membuka sesuatu pautan tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan.

Pada masa yang sama, versi terkini aplikasi Chrome untuk iOS juga turut menyertakan sokongan paparan perubahan tab yang dikemaskini pada iPad.

Muat-Turun Google Chrome untuk iOS


TIPS & ULASAN