Cari @ Amanz

Honor 6X versi global yang dilancarkan di CES bulan lalu sedikit mengecewakan kerana masih menggunakan Android Marshmallow. Sungguhpun begitu peranti kelas pertengahan dengan dwi-kamera ini masih sah akan menerima kemas kini ke Android Nougat. Berita baik bagi bakal pemilik ialah ia akan hadir dalam tempoh yang singkat.

Honor 6XMenurut laporan Android Police, mereka menerima pengesahan dari pihak Huawei bahawa Honor 6X akan menerima Nougat pada penghujung Mac ini bersama dengan pelancar EMUI 5.0. Ini akan memberikan talam aplikasi dan sokongan fungsi dwi-tingkap secara natif. Pada awalnya kemas kini akan diterima pada suku ke-dua 2017 tetapi ia dipercepatkan selepas menerima maklum balas dari pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd