Apple Pengeluar Tablet Nombor Satu Dunia Sepanjang 2016 Dengan Hampir 25% Pegangan Pasaran

Apple Pengeluar Tablet Nombor Satu Dunia Sepanjang 2016 Dengan Hampir 25% Pegangan Pasaran

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Samsung mengekalkan kedudukan di tempat pertama pengeluar peranti pintar sepanjang 2016 diikuti rapat oleh Apple. Sungguhpun begitu kedua-dua gergasi elektronik ini diekori oleh Huawei, Oppo dan Vivo. Bagaimana pula kedudukan pengeluar-pengeluar ini di dalam pasaran tablet sepanjang 2016?

Menurut laporan IDC, Apple jauh di hadapan dengan pegangan 24.4% diikuti oleh Samsung (15.2%), Amazon (6.9%), Lenovo (6.3%) dan Huawei (5.5%). Jumlah tablet terjual tahun lalu berkurangan 32.4 Juta unit bersamaan -15.6%. Ini meneruskan trend jualan yang menurun sejak dua tahun kebelakangan ini. Hanya Amazon dan Huawei menunjukkan peningkatan jualan berbanding 2015.

Adakah anda membeli tablet tahun lalu? Kami masih menggunakan sebuah iPad Mini yang sudah berusia empat tahun. Tiada sebab musabab untuk membeli tablet baru setakat ini.


TIPS & ULASAN