Cari @ Amanz

Komen paling kerap didengari tentang jam tangan pintar ialah hayat penggunaan yang amat pendek jika dibandingkan dengan jam tangan tradisional. Apple Watch misalnya hanya mampu bertahan selama dua hari dengan sekali caj pada penggunaan sederhana. Jawapan kepada masalah ini mungkin dapat diselesaikan dengan pengguna bateri tambahan dan paten rekaan telah dianugerahkan kepada Apple semalam.

Paten tali Apple Watch dengan bateri tambahan ini telah difailkan pada tahun 2015. Bateri boleh lentur terbina di dalam tali jam mengecas semula Apple Watch menggunakan sistem pengecasan aruhan. Terdapat plat pengecas magnetik dari tali yang disambungkan ke plat mengecas pada bahagian bawah Apple Watch. Bagi membolehkan pengesan kesihatan terus berfungsi, terdapat lubang pada plat pengecas.

Sebelum ini terdapat beberapa projek tali Apple Watch dengan bateri terbina yang dibangunkan pihak ketiga. Namun kesemuanya gagal memasuki pasaran dan menjadi barangan-wasap (vaporware) sahaja. Apple mungkin memegang paten rekaan ini tetapi ia tidak bermakna ia akan digunakan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd