Cari @ Amanz

Honor Malaysia telah mula menawarkan kemaskini Android Nougat bersama-sama antaramuka EMUI 5.0 untuk Honor 8 baru-baru ini, selain berkongsi ia akan hadir ke Honor 6x yang dilancarkan baru-baru ini. Kini, pihak Honor Malaysia turut telah memulakan pendaftaran pengguna untuk mereka yang menggunakan peranti Honor 5C, dan ingin mencuba EMUI 5.0.

Huawei 5CDSC05793

Melalui kemaskini EMUI 5.0, antara perkara yang dibawakan adalah termasuk sokongan talam aplikasi, paparan notifikasi yang lebih kemas, sokongan multi-tasking lebih baik, dan pelbagai pengoptimasian lain.

Bagi anda yang menggunakan Honor 5C, dan mempunyai peranti kedua lain – mungkin boleh menyertai ujian beta ini, dan mencuba EMUI 5.0 pada peranti anda sebelum pengguna lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd