Permainan Lumba Kereta, DiRT Rally Akan Ke Linux Pada Bulan Mac Ini

Permainan Lumba Kereta, DiRT Rally Akan Ke Linux Pada Bulan Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Perkembangan sistem operasi Linux turut membuatkan lebih ramai pengeluar mula menawarkan permainan video untuk platform berkenaan, terutamanya melalui Steam untuk Linux. Kini, pihak Feral Interactive mengumumkan permainan popular, DiRT Rally akan hadir ke Linux tidak lama lagi.

Permainan ini menawarkan lumba kereta dalam litar, dan menawarkan pengalaman permainan yang sangat baik dan seumpama realistik. Permainan ini sedia ditawarkan untuk PC, selain PlayStation 4 dan juga Xbox One. Melalui laman khusus, Feral Interactive mengatakan DiRT Rally akan ditawarkan untuk pengguna Linux bermula 2 Mac kelak.

Jadi, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Linux, dan meminati permainan berbentuk lumba kereta, mungkin boleh tandakan kalendar anda dan mencubanya kelak.


TIPS & ULASAN