Cari @ Amanz

Siri permainan video Uncharted merupakan salah satu tajuk eksklusif Sony PlayStation yang sangat digemari ramai kerana ia padat dengan aksi-aksi yang mendebarkan, dan juga jalan cerita serta watak-watak yang sangat menarik.

Uncharted Adventure Pack

Hari ini, pihak Sony telah pun mengumumkan konsol PlayStation 4 edisi terhad yang dinamakan PlayStation 4 UNCHARTED Adventure Pack. Melaluinya, konsol edisi UNCHARTED Adventure Pack ini mengandungi sebuah Sony PlayStation 4 Slim 500GB, dan juga dua cakera Blu-Ray UNCHARTED 4: A Thief’s End dan UNCHARTED: The Nathan Drake Collection yang mengandungi permainan video UNCHARTED 1 sehingga 3 yang telah di-remaster.

Selain dari itu, PlayStation 4 edisi UNCHARTED Adventure Pack ini juga hadir bersama baucar keahlian PSN Plus selama tiga bulan, serta baucar servis lanjutan untuk konsol tersebut selama setahun.

Konsol Sony PlayStation 4 edisi UNCHARTED Adventure Pack ini akan mula dijual pada 7 Februari 2016 di Malaysia dengan harga RM1,419.

Jika anda masih belum mempunyai sebuah konsol PlayStation 4 sendiri, ini adalah titik permulaan yang sangat baik untuk memulakan perjalanan anda sebagai seorang console gamer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd