Snapchat Sahkan Mereka Utamakan Pembangunan Aplikasi Untuk iOS Berbanding Android

Snapchat Sahkan Mereka Utamakan Pembangunan Aplikasi Untuk iOS Berbanding Android

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Snapchat merupakan salah satu aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan yang hilang dalam tempoh 24 jam. Kini, dengan syarikat mereka yang mendaftar untuk penyenaraian syarikat di bursa, beberapa info dalam syarikat berkenaan mula diketahui.

Salah satu daripadanya, pihak Snap mengesahkan yang mana mereka mengutamakan pembangunan pada iOS berbanding dengan Android. Ini mungkin tidak menjadi kejutan kepada pengguna, memandangkan pengalaman aplikasi Snapchat pada iOS adalah jauh lebih baik berbanding pada Android.

Perkara ini mungkin berlaku kerana kemudahan mereka mengoptimasikan aplikasi untuk hanya satu platform dengan beberapa peranti sahaja – berbanding Android yang mempunyai ratusan peranti berbeza.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Snap turut mengaku yang mana sekiranya iOS kehilangan pegangan pasaran, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada aplikasi dan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN