Mod 1080P 60 FPS Untuk Final Fantasy XV Hadir Ke Playstation 4 Pro 21 Februari Ini

Mod 1080P 60 FPS Untuk Final Fantasy XV Hadir Ke Playstation 4 Pro 21 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Playstation 4 Pro menjanjikan tetapan grafik 4K kerana dilengkapi pemproses yang lebih berkuasa berbanding PlayStation 4 asas. Final Fantasy XV misalnya menyokong resolusi 4K pada PS4 Pro. Tetapi kepada pemilik konsol berkuasa yang tidak mempunyai televisyen UHD, tiada penambahbaikan dapat dilihat kerana tiada sokongan supersampling diberikan

Hajime Tabata, pengarah FF XV semalam mengumumkan sokongan mod 1080P 60FPS pada PS 4 Pro akan hadir dengan kemas kini pada 21 Februari depan. Pada waktu sama tahap pemain ditingkatkan ke 120 dari 100 sebelum dan  slot gambar ditingkatkan dari 150 ke 200. Pemain turut boleh mendengar muzik sambil menunggang Chocobo selepas kemas kini ini.

Pada 28 Februari pula sebuah lagi patch akan diberikan dimana bab-13 permainan yang menerima kritikal teruk dari pemain akan diperbaiki. Beliau juga menambah kenderaan Regalia akan boleh dipandu secara bebas selepas ini tanpa kekangan hanya di atas jalan raya.

Dua DLC Episode: Gladiolus akan hadir pada 28 Mac dan Episode: Prompto pada bulan Jun. Seperkara lagi bagi mereka yang mahu memuat turun Platinum Demo: Final Fantasy XV, anda perlu melakukan sebelum 31 Mac. Selepas tarikh tersebut ia tidak akan lagi boleh diakses menerusi PlayStation Network.


TIPS & ULASAN