EVGA Mengumumkan Siri Penyejuk CPU Semua-Dalam-Satu CLC 120/280

EVGA Mengumumkan Siri Penyejuk CPU Semua-Dalam-Satu CLC 120/280

Diterbitkan pada Feb 6, 2017 oleh .

Penyejuk CPU cecair merupakan pilihan yang agak popular kebelakangan ini kerana komponennya semakin mudah untuk dicari di kedai atas-talian. Walaubagaimanapun, penyejuk jenis ini agak sukar untuk dibina dengan sendiri, dan pengguna yang baru perlu membaca dan menonton banyak tutorial untuk memahami bagaimana untuk membina sistem penyejukan tersebut secara sendiri.

EVGA, sebuah jenama komponen PC yang terkemuka, baru sahaja mengumumkan penyejuk CPU cecair siri EVGA CLC 120 dan 280, yang mana masing-masing menampilkan radiator bersaiz 120mm dan 240mm. Penyejuk ini disertakan juga dengan kipas yang direka semula menggunakan casis melengkung untuk mengurangkan bunyi bising dan meningkatkan prestasi penyejukan cip pemprosesan.

Berdasarkan rekaan radiator, penyejuk CLC 120 hadir dengan satu kipas bersaiz 120mm, manakala penyejuk CLC 280 pula datang dengan dua kipas bersaiz 140mm. Kipas-kipas ini mampu berputar selaju 2,200RPM, dan meniup 113.5CFM udara tekanan statik untuk menyejukkan radiator tersebut. Untuk sokongan soket CPU pula, Penyejuk EVGA CLC ini mampu menyejukkan cip pemprosesan dari Intel dan juga AMD, termasuklah yang menggunakan soket baru AM4 – di mana EVGA berkata mereka akan memberi kurungan khusus untuk papan induk tersebut dengan percuma pada masa hadapan.

Jika anda mempunyai kad grafik EVGA yang mempunyai sokongan lampu RGB, penyejuk CPU CLC ini juga mempunyai sokongan tersebut, dan anda boleh menyegerakkan efek lampu RGB di kedua-dua produk ini.

Jika anda berminat, penyejuk-penyejuk CPU ini boleh dibeli di kedai atas talian seperti Amazon ataupun EVGA dan berkemungkinan akan datang ke Malaysia secara rasmi di masa yang terdekat.


TIPS & ULASAN