UCheck – Membolehkan Anda Menyemak Kemaskini Untuk Perisian Yang Terpasang Di Komputer Anda

UCheck – Membolehkan Anda Menyemak Kemaskini Untuk Perisian Yang Terpasang Di Komputer Anda

Diterbitkan pada Feb 3, 2017 oleh .

Microsoft melalui Windows 10 sedia menawarkan Windows Store, namun bukan semua perisian dan aplikasi yang dipasang melaluinya. Perkara ini mungkin sedikit sukar ketika ingin mengemaskini ke versi baru – terutamanya untuk perisian yang tidak menyertakan sokongan kemaskini automatik seperti Chrome.

Untuknya, terdapat beberapa perisian yang memudahkan anda memantau kemaskini perisian terbaru, dan salah satunya yang terkini adalah UCheck.

UCheck merupakan perisian percuma untuk Windows, dan masih pada peringkat beta buat masa ini. Melaluinya, ia membolehkan anda mengimbas komputer anda untuk perisian yang sedia terpasang – dan kemudian membandingkan dengan pangkalan data untuk mengetahui sama ada terdapat kemaskini ataupun sebaliknya berbanding versi yang terpasang di komputer anda.

UCheck

Menariknya mengenai UCheck ini, ia turut menawarkan tarikh kemaskini sesuatu perisian diperkenalkan untuk memudahkan anda membuat perbandingan. UCheck juga menyokong sejumlah perisian popular, termasuk Opera, VLC, Skype, dan sebagainya.

Sebaik sahaja selesai menyemak, ia akan memaparkan kemaskini perisian yang terdapat yang belum anda pasang. UCheck akan menyediakan pautan terus untuk memudahkan anda memuat-turun versi terbaru.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perisian UCheck ini yang masih pada peringkat beta. Ia ditawarkan dalam variasi perisian yang boleh dipasang, dan juga berbentuk portable.

Muat-Turun UCheck untuk Windows


TIPS & ULASAN