GoPro Mengesahkan GoPro HERO6 Akan Hadir Pada Tahun Ini

GoPro Mengesahkan GoPro HERO6 Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 4, 2017 oleh .

GoPro merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena kamera aksi, dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan HERO4 pada 2014 lepas, dan hanya memperkenalkan HERO5 pada tahun lepas.

Perkara ini membawa kepada pertanyaan sama ada HERO6 akan hadir pada tahun ini atau perlu menantikan tempoh dua tahun seperti sebelumnya.

Menjawab mengenainya, pihak GoPro mengesahkan yang mana HERO6 akan hadir pada tahun ini, termasuk beberapa aksesori baru. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh yang dikongsikan untuk pelancarannya.

GoPro pada tahun lepas telah memperkenalkan HERO5 dan juga dron Karma (yang dipanggil kembali). Kedua-dua produk berkenaan dilihat tidak menyumbang kepada laporan kewangan yang baik – dan mungkin disebabkan itu, pihak GoPro perlu memikirkan suatu alternatif dalam membuatkan syarikat mereka untung kembali.


TIPS & ULASAN